Sepanjang pentadbiran BN, kutipan premium geran tanah hanya mewakili 30% daripada jumlah kutipan hasil kerajaan negeri dan kemudiannya meningkat sepanjang tahun di bawah pentadbiran Pakatan sehingga mencecah hampir separuh daripada keseluruhan hasil kerajaan negeri Selangor pada 2013 dan 2014.
Sekarang kita semua faham bagaimana kutipan hasil kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan meningkat setiap tahun dan mendadak berbanding sebelum 2008.
Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan kenaikan kutipan premium geran tanah oleh kerajaan negeri kerana terdapat banyak implikasi dan kesan secara langsung dan tidak langsung daripada kenaikan tersebut.
Jika anda ingin tahu implikasi dan kesan kutipan premium geran tanah yang meningkat setiap tahun kepada anda sebagai penduduk atau perniagaan yang menjalankan perniagaan di Selangor, nantikan tulisan saya dalam siri yang berikutnya.