Wednesday 2 November 2016

Subsidi Minyak Masak

Kenaikan harga minyak masak disebabkan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga minyak masak mengikut harga pasaran adalah isu yang sangat sensitif di kalangan rakyat Malaysia.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan adalah perkara yang tidak boleh dibawa main dan saya percaya perut-perut yang lapar boleh menyebabkan kerajaan sesebuah negara digulingkan dari tampuk kuasa.
Adakah rakyat terbeban dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi minyak masak untuk minyak masak bukan paket 1kg ke atas?
Saya pasti ada yang terbeban dan tipulah kalau kata tak ada langsung yang terbeban ditambah dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel bagi bulan November.
Banyak yang naik minyak apabila kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak tetapi tak banyak yang tahu berapa kerajaan belanjakan setiap tahun untuk menampung subsidi minyak masak tersebut.
Subsidi minyak masak atau lebih dikenali sebagai Skim Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) [1] adalah skim yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu mengawal harga minyak masak untuk pengguna di samping untuk menampung kerugian yang dialami pengilang dan pembungkus minyak masak akibat kos minyak sawit mentah yang tinggi.
COSS mula diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2007 sebagai salah satu langkah-langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
Berikutan dengan itu harga minyak masak di Malaysia lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara serantau ASEAN [3]: *Data setakat April 2014 kerana itu kali terakhir dikemaskini oleh KPDNKK:
Perbandingan Harga Negara ASEAN: KPDNKK

Sejak 2010 (data terawal tersedia), kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 billion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak untuk pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi:




Peruntukan Kerajaan untuk COSS: Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2010–2015
Angka-angka peruntukan untuk COSS oleh kerajaan di atas boleh disemak di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diaudit setiap tahun oleh Jabatan Audit Negara di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM):
Sepanjang tahun 2012 harga minyak sawit turun dan kekal pada paras di bawah RM2,500 setan seiringan dengan itu peruntukan perbelanjaan untuk COSS juga berkurang dari 2012 hingga 2014 dan kemudiannya meningkat semula pada tahun 2015.
Jadi sedikit sebanyak kita semua sudah faham apa itu subsidi minyak masak atau Skim Penstabilan Harga Minyak (COSS), berapa peruntukan tahunan yang disediakan oleh kerajaan untuk subsidi minyak masak ini dan juga kenapa peruntukannya berubah setiap tahun.
Seterusnya mari kita lihat perbelanjaan bulanan isi rumah di Malaysia untuk minyak masak menggunakan data daripada Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2014 yang dibanci dan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. [11]
Menurut bancian yang dijalankan Jabatan Perangkaan Negara ke atas isi rumah seluruh Malaysia, setiap isi rumah secara purata membelanjakan RM17 sebulan untuk minyak masak dan perbelanjaan isi rumah untuk minyak masak adalah 0.5% daripada keseluruhan perbelanjaan bulanan isi rumah Malaysia.
Saya tidak boleh bercakap mewakili pihak orang lain, mungkin ada yang membelanjakan untuk minyak masak lebih daripada RM17 setiap bulan dan ianya bergantung kepada saiz isi rumah itu sendiri.
Bagi saya secara peribadi ianya konsisten dengan penggunaan isi rumah saya yang membeli minyak masak 5kg setiap bulan berharga lebih kurang RM13–14 sebelum subsidi dimansuhkan bermula semalam.
Seterusnya mari kita lihat perbelanjaan penggunaan isi rumah untuk minyak masak mengikut kelas kumpulan perbelanjaan:
Perbelanjaan Penggunaan Minyak dan Lemak Isi Rumah Malaysia Mengikut Kelas Perbelanjaan: Jabatan Perangkaan Negara
Semakin tinggi kelas perbelanjaan sesuatu isi rumah semakin tinggi perbelanjaan ke atas minyak masak sesuatu isi rumah tersebut.
Secara logiknya isi rumah yang berpendapatan tinggi akan membeli lebih banyak minyak setiap bulan lebih daripada isi rumah yang berpendapatan rendah.
Oleh yang demikian isi rumah yang berpendapatan tinggi ini akan menerima lebih banyak subsidi minyak masak daripada kerajaan berbanding isi rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain daripada itu restoran-restoran, kedai-kedai makan di luar sana juga menikmati subsidi minyak yang disediakan kerajaan dan kumpulan isi rumah yang kebiasaannya membelanjakan wang untuk makan di luar adalah kumpulan isi rumah yang berpendapatan tinggi.
Perbelanjaan Makanan dan Minuman di Luar Rumah oleh Isi Rumah Malaysia: Jabatan Perangkaan Negara
Isi rumah yang berbelanja di bawah RM999 setiap bulan hanya membelanjakan RM82 setiap bulan untuk makanan dan minuman di luar rumah manakala isi rumah yang berbelanja lebih RM10,000 setiap bulan membelanjakan RM1,367 setiap bulan untuk makanan dan minuman di luar rumah.
Secara tidak langsung juga kumpulan isi rumah yang berpendapatan tinggi menerima subsidi minyak masak apabila mereka makan di luar rumah.
Apabila isi rumah berpendapatan tinggi menikmati lebih banyak subsidi daripada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, subsidi minyak masak ini boleh dikira sebagai regresif sama seperti subsidi pukal petrol dan diesel dua tahun yang lepas apabila golongan yang membawa kereta mewah import lebih banyak mengisi minyak berbanding golongan yang membawa kenderaan tempatan ataupun golongan yang tidak mempunyai kenderaan persendirian langsung.
Subsidi pukal berbentuk regresif ini adalah tidak adil dan sepatutnya subsidi disasarkan kepada golongan yang memerlukan dan golongan yang mampu sepatutnya membayar pada harga pasaran.
Sebab itu juga kerajaan meningkatkan bayaran BR1M kepada isi rumah dan individu yang layak, supaya subsidi ini dapat disalurkan terus kepada mereka yang memerlukan di samping dapat mengurangkan beban kepada isi rumah yang terkesan apabila subsidi minyak masak dan subsidi-subsidi pukal yang lain dihapuskan.
Saya ada terbaca ada yang mempertikaikan kenapa subsidi minyak masak dihapuskan sedangkan Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia (kedua selepas Indonesia).
Walaupun Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, hasil jualan kelapa sawit dan minyak sawit bukanlah 100% diperolehi oleh kerajaan.
Kerajaan Malaysia hanya mengutip cukai dan levi ke atas hasil kelapa sawit iaitu duti eksport minyak kelapa sawit mentah, duti eksport minyak kelapa sawit diproses, duti eksport isirong kelapa sawit (palm kernel), levi minyak kelapa sawit dan levi buah kelapa sawit.

Kutipan Hasil Kerajaan ke atas Kelapa Sawit: Perbendaharaan Negara
Angka-angka hasil pendapatan sebenar di atas boleh disemak didalam Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan di dalam laman web Perbendaharaan Negara seperti pautan di bawah:
Secara purata hasil kelapa sawit yang kerajaan kutip daripada duti dan levi ini hanyalah sejumlah RM300 juta setahun berbanding purata subsidi minyak masak tahunan RM1 billion setahun.
Jadi walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar dunia, penjualan-penjualan berkaitan minyak kelapa sawit diraih oleh syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit dan kerajaan hanya mengutip duti dan levi melalui jualan tersebut.
Hasil pendapatan berkaitan kelapa sawit yang dikutip kerajaan tidak dapat menampung subsidi minyak masak yang dibelanjakan setiap tahun.
Subsidi minyak masak ini juga menggalakkan penyeludupan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab contohnya minyak masak peket 1kg yang dijumpai berlambak digolok seperti dilaporkan berita baru-baru ini. [19]
Ada yang bertanya kenapa kerajaan mahu menghukum rakyat Malaysia apabila penyeludupan berlaku sedangkan kerajaan yang gagal menguatkuasa dan mengawal sempadan sehingga minyak masak Malaysia berjaya diseludup ke negara jiran.
Jika kerajaan menambah penguatkuasaan ia juga akan melibatkan pertambahan kos seperti penggajian pegawai-pegawai penguatkuasa yang juga akan melibatkan kos yang tinggi.

Pemansuhan subsidi juga menghapuskan insentif untuk penyeludup dan pegawai-pegawai untuk memberi dan menerima rasuah.

Pemansuhan subsidi minyak masak adalah lebih efektif untuk mengelakkan berlakunya penyeludupan ke negara jiran dan mengelakkan kekurangan bekalan stok minyak masak akibat penyorokan stok oleh peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun penguatkuasaan juga masih penting kerana minyak paket 1kg yang masih disubsidi pada harga RM2.50 sepaket dan minyak paket ini lah yang kebiasaannya diseludup ke negara jiran.
Rasional pemansuhan subsidi minyak masak adalah jelas.
Tiada siapa yang suka apabila berlaku kenaikan harga barangan asas seperti minyak masak, tetapi ini adalah langkah terbaik untuk memastikan tidak berlaku perkara-perkara seperti yang saya terangkan di atas dan wang yang dijimatkan boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan melalui bantuan tunai seperti BR1M.
Jika harga minyak kelapa sawit turun pada masa depan, kemungkinan besar harga minyak masak juga akan turun sama seperti harga minyak petrol dan diesel di stesen-stesen minyak.
Semoga dengan tulisan saya ini ramai yang akan memahami rasional di sebalik pemansuhan subsidi minyak masak dan tidak menuduh kerajaan sebagai zalim dan tidak prihatin dengan nasib rakyat.
Setiap tindakan itu ada kesan baik dan buruknya tetapi pemansuhan subsidi minyak masak ini, bagi saya, adalah suatu tindakan yang positif dan akan memberi faedah kepada ekonomi dan kewangan negara Malaysia pada jangka masa panjang.
Rujukan:
[1] Skim Penstabilan Harga Minyak Masak: BERNAMA
[2] Kutipan Cess ke Atas Syarikat Perladangan Kelapa Sawit: MPOB
[3] Perbandingan Harga Negara ASEAN: KDPNKK
[4] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2010: JANM
[5] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2011: JANM
[6] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2012: JANM
[7] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2013: JANM
[8] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2014: JANM
[9] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2015: JANM
[10] Harga Minyak Kelapa Sawit Penghantaran Tempatan: BNM Monthly Statistical Bulletin
[11] Perbelanjaan Penggunaan Minyak dan Lemak Isi Rumah Malaysia: Jabatan Perangkaan Negara
[12] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011: Perbendaharaan Negara
[13] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2012: Perbendaharaan Negara 
[14] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013: Perbendaharaan Negara
[15] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2014: Perbendaharaan Negara 
[16] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015: Perbendaharaan Negara 
[17] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2016: Perbendaharaan Negara 
[18] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2017: Perbendaharaan Negara
[19] Minyak Masak Berlambak Di Golok: Astro Awani 

38 comments:

  1. Alasan nak tarik subsidi sebab kerajaan rugi.. tapi duit 1mdb hilang berbilion kerajaan tak kisah pun.. menteri tanya kat parlimen pun nak kena siasat. Tak payahlah nak sembang ekonomi kalau kerajaan sendiri mencuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB bukan segala-galanya. Jangan jadi bebal sangat. Ada atau tidak 1MDB, one way or another subsidi pukal yang regresif macam subsidi petrol, gula, tepung, minyak masak mesti dimansuhkan. Kecuali orang macam kamu suka orang berpendapatan tinggi menikmati banyak subsidi.

      Delete
    2. golongan yg terima brim adalah golongan berpendapatan rendah. mcm mana dengan yg dalam kelompok berpendapatan sederhana??

      Minyak, tol, api, air, or aper jer yg nak naik... rakyat leh terima kalo kerajaan yg mentadbir telus, jimat cermat menggunakan dana kerajaan. Sedaya upaya mencari jalan untuk membantu rakyat.
      ni dah la semua pun naik...
      pemimpin plak leh guna jet bawak family g jalan2.. hawaw betul...
      Rumah deper bukan makin kecik... makin besar ada la...
      belum kira yg rasuah air kat sabah tu.....

      Delete
    3. kita kena faham, blogger ni pun cari makan.ala2 kipas kerajaan gitu. ko ingat minyak masak je naik, barang makan lain tak naik?alasan berpendapatan tinggi guna minyak masak, orang biasa2 kena tempias.

      Delete
  2. Penjelasan ilmiah, tak ramai yg rajin capai dgn mata dgn mata akal. Kebanyakan garap dgn emosi. Henri Bergson: Immediate experience is more significant than abstract rationalism.

    ReplyDelete
  3. Nak tambah baik enforcement tak semestinya kena tambah perbelanjaan kerajaan.. cuba tgk dulu brapa ramai kalangan enforcement officer yg corrupted. Tgk dkt border2 sudah lah.. Hulur sket dah bleh lepas. Banteras corruption tak perlu belanja yg besar.. Kena ada usaha dari atas untuk banteras. Tapi kalau yg atas pun dah songlap berbillion2, tak payah ckp la pasal tambah enforcement..
    Pada masa yg sama bleh tgk balik dari segi penambahbaikkan procedure dan strategy enforcement. Banyak loophole dlm procedure.. Ni pun tak perlu belanja besar..

    Article ni sebenarnya nak justify tindakan kerajaan je bunyi nye.. Tp nak justify pun jgn la sampai ke tahap Ahmad Maslan punya reasoning.. Come on la, u can do better than that

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jaga sempadan bukan senang. Cakap memang mudah. Pegawai-pegawai yang rasuah juga satu kos kepada kerajaan. Bukan gaji & elaun sahaja jadi kos.

      Mansuhkan subsidi hapuskan insentif untuk penyeludup dan pegawai amalkan rasuah.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. X kata pun senang.. Tp government dah buat yg terbaik ke untuk improve enforcement agencies? What have they done? Rasuah berleluasa dkt sempadan tu bkn sebab tak cukup kakitangan..Dah review all processes and procedures? Dah study strategy enforcement?
      I dont think so.. I was part of a government agency before.. Faham sgt mcm mana these agencies operate and whats happening inside there.

      Jgn la bila kata nak tambah baik trus kena tambah kos perbelanjaan. Banyak lagi cara lain bleh buat without any significant increase in kos pengurusan. because of weak enforcement nak salahkan seludup barang berleluasa just to justify removal of subsidy.. Ahh come on.. Ahmad Maslan can do better than this.

      Delete
    4. The most effective way to cut off corruption activities is to remove the subsidy. Bukan hal penyeludupan sahaja. Subsidi itu sendiri regresif, menguntungkan orang yang berpendapatan tinggi, kedai-kedai makan, restoran-restoran.

      Bukannya subsidi minyak masak ditarik tak ada mitigating measure untuk bantu orang yang berpendapatan rendah.

      Kenapa obses dengan Ahmad Maslan?

      Tulis la satu tulisan balas, setakat komen zikir Ahmad Maslan siapa-siapa pun boleh.

      Tulis macam mana nak tambah kecekapan penguatkuasaan sempadan. Cakap biar berilmu la nak guna emosi, nak menganjing sebut menteri entah mana buat apa.

      Delete
    5. The most effective way to cut off corruption activities is to remove the subsidy. Bukan hal penyeludupan sahaja. Subsidi itu sendiri regresif, menguntungkan orang yang berpendapatan tinggi, kedai-kedai makan, restoran-restoran.

      Bukannya subsidi minyak masak ditarik tak ada mitigating measure untuk bantu orang yang berpendapatan rendah.

      Kenapa obses dengan Ahmad Maslan?

      Tulis la satu tulisan balas, setakat komen zikir Ahmad Maslan siapa-siapa pun boleh.

      Tulis macam mana nak tambah kecekapan penguatkuasaan sempadan. Cakap biar berilmu la nak guna emosi, nak menganjing sebut menteri entah mana buat apa.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Menteri rasuah perlu ditangkap dulu

    ReplyDelete
  6. Artikel ni sekadar nombor nombor sahaja.

    ReplyDelete
  7. Duit rakyat asyik hilang sebab hilang amanah para pentadbir kerajaan

    ReplyDelete
  8. Menteri rasuah perlu ditangkap dulu

    ReplyDelete
  9. Yang tak dapat BR1M, especially dduk bujang ni mgkin masak dekat rumah guna mentega or BBQ or rebus je. Takpon bujang2 makan megi. Yela gaji 3k kami dapat solid 3k, takde komitmen ke apa. Kami memang tak bayar tax, gst semua jadah tu. Husnuzon kan.

    Husnuzon ye kawan-kawan. Hahaha!

    BR1M takdapat, Minyak Naik! HAHAHAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi satu acah-acah sarkastik. Dah tau bujang beli la minyak paket bersubsidi. Acah-acah berkeluarga la nak beli minyak botol?

      Delete
  10. Subsidi hapus.. cukai tetap bayar. Penerima Brim pin tidak secara menteluruh. Terbaca kata2 menteri pasola seekor tu.. subsidi satu isi rumah sekitar Rm 12900. Tapi Brim x seberapa. Artikel dari si bebal utk jadi makanan org yg bebal juga. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eja betul betul dulu la sebelum panggil orang bebal. Patut la BR1M pun tak dapat. Mesti isi borang pun tak pandai.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Biasanya komen negatif nie orang kurang faham tentang ekonomi. Minyak masak walaupun harga naik ka turun ka sama je org tetap akn beli ikut kuantiti yg sama sebab minyak adlh salah satu barang mesti yg mesti org akan beli. Jika ikut teori ekonomi, subsidi diberi kepada golongan berpendapatan rendah & glogn berpdapatn tinggi dikenakn cukai.

    Memang betul banyak korupsi berlaku di sempadn dan memng memrlukan kos perbelanjaan utk biayai pegawai2 di sempadan. Jadi ni merugikn kerajaan. Jd dgn hapuskn subsidi minyak sbnrnya dpt kurangkn masalah korupsi dan kurangkn perbelanjaan negara. Fikir2kanlah ya.

    ReplyDelete
  12. okay nak tanya kalau utk student universiti yg mmg dikatakan keseluruhannya akan makan di luar, dgn penarikan subsidi maka sudah tentu harga makanan di kedai2 makan akan dinaikkan. mereka tidak menerima Br1m. hanya menerima baucer buku yg bernilai RM250 setahun. adakah wajar student di Malaysia ini menerima tempias daripada penarikan subsidi ini? kita juga tahu bantuan atau pembiyaan pelajar semakin berkurang. bagaimana student yg keluarganya susah atau daif ingin menanggung kos seharian mereka? bagi saya subsidi ini adalah tanggungjawab kerajaan dan termasuk dlm perbelanjaan negara. pembaziran drpd perbelanjaan kos yg tidak sepatutnya ditanggung oleh kerajaan malaysia (spt jet yg digunakan oleh PM dan isteri) adalah jauh lebih tinggi daripada kos yg harus ditanggung kerajaan utk subsidi ini. jadi mengapa kita rakyat malaysia harus menerima nasib seperti ini demi kesenangan dan kemewahan gaya hidup orang2 atasan ini? saya juga berpendapat ramai orang faham akan apa yg saudara bentangkan ini tp walaupun dgn data dan facts ini mereka masih rasa tindakan menarik subsidi ini adalah tidak wajar dan membebankan golongan berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan exaggerate saudara. Belanja subsidi kerajaan melebihi RM10billion setiap tahun. Jet rasmi kerajaan tak sampai pun RM1 billion.

      Student yang susah atau daif ada pilihan untuk memohon bantuan zakat atau baitulmal.

      Kena usaha untuk ubah nasib sendiri. Allah tak ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.

      Delete
  13. satu lagi penjelasan diperlukan, kenapa baru2 ini saja isu subsidi ini dibangkitkan oleh kerajaan? sebelum ni ada byk perbezaan ke kos subsidi yg harus ditanggung kerajaan? kenapa tak 10 tahun lepas lagi dah dimansuhkan? kalau golongan berpendapatan tinggi makan kat luar minyak masak yg digunakan oleh kedai makan lebih byk berbanding kalau golongan bawahan makan di luar? the more expansive the food = more usage of cooking oil? and yes anything like this will be an advantage if we talk about economic wise but is it really though? bkn economic je yg perlu diambil kira utk membuat keputusan ni. aspect lain pun kena ambil kira. managing a country should not all be about economics

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saudara Meor. Rasionalisasi subsidi sudah bermula sejak 10 tahun yang lepas semasa Pak Lah sebagai PM. Sebelum itu tak banyak subsidi diperuntukkan sebab harga komoditi seluruh dunia rendah. Sekarang kerajaan tentukan kita ikut harga pasaran dan salurkan penjimatan subsidi melalui bantuan tunai kepada mereka yang layak dan benar benar memerlukan.

      Benar menguruskan negara bukan semata-mata ekonomi tapi ianya komponen penting untuk menentukan masa depan negara dan anak cucu cicit kita.

      Harini kita nak subsidi banyak, apa yang tinggal untuk anak cucu cicit kita nanti?

      Delete
  14. Tgk la dgn fakta...x payah nak menghukum klu dh benci sgt wlupn dh nmpk benda betul...

    ReplyDelete
  15. Bila kerajaan nampak macam x buat apa2 ramai yg menyalak bukit, bila kerajaan nampak mula menjalankan beberapa pembaikan atau apa sahaja kaedah pun sama juga menyalak bukit... cuba lihat fakta dulu dan buat perbandingan... jgn terus menghukum...sy ni pun pernah jadi student - dulu pun x ade jugak brim... dh xde duit masa belajar ni lumrah la... maka mcm2 buat... masak la kongsi satu rumah tong2 kata org skang... dan mcm2 lagi... skang ni sebenarnya lebih pada kebencian yg diterapkan smpi semua nmpk x elok... klu perasan yg mntk sangat subsidi dihapuskan ni siapa? Konon nak sgt bersaing dgn bukan bumiputra...Cari balik dan lihat...kiranya kerajaan sekarang juga sedang mengambil tindakan jika apa yg dicadangkan itu mgkn beri impak positif.. bukan saja2... ni bila dah buat pun komplen... x buat pun komplen abih apa lagi yg perlu dibuat? Kata nk hapus yg corrupt? Ni salah satunye la...logik apa yg dinyatakan diatas... jgn sebab kebencian yg ditaburkan org2 tertentu yg berkepentingan diri sdiri kpd kerajaan membuatkan kita turut buta... kena ingat ramai org luar yg nak 'masuk' malaysia tp ssh... maka kelenmahan dicipta dari dalam bg memudahkan segalanya... wuallahualam

    ReplyDelete
  16. Alasan subsidi x dihulurkan ke kumpulan sasaran ni kelakar sebenarnya.

    Jika dulu org miskin n org kaya sama2 dapat manfaat, skrg ni dua2 pihak pun terpalit sama. yg kaya mmg la x kisah. yg miskin mcm mana?

    Org kaya pun bukan bodoh, kalo dah minyak 5kg mahal, mereka pun sama2 beli kampit minyak bersabsidi. kalo dulu beli 1x5kg minyak, sekarang ni beli 5x1kg minyak. so sama jer. yg rugi tetap rakyat yg tidak berkemampuan.Bukan kene tunjuk penyata gaji n cukai pun masa nak beli minyak kat tesco n giant tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka saudara boleh sokong orang kaya terima subsidi sama banyak dengan orang yang kurang kaya.

      Saudara sendiri kata minyak 1kg peket masih disubsidi jadi golongan yang kurang kaya ada pilihan untuk beli minyak peket.

      Orang kaya yang beli minyak paket mungkin sebenarnya tak berapa kaya. Sebab orang kaya sebenar pandang minyak paket pun tak nak. Beli pun minyak masak mahal bukan olein.

      Delete
    2. Mnyk masak brng mesti. Sama jgk harga naik ke trun ke ttp org beli ikut kuantiti

      Delete
    3. sebenarnya orang kaya tak semestinya pakai minyak sawit.dah nama pun kaya, apela sangat nak beli olive oil or canola oil. yang orang susah ni dah pasti pakai minyak sawit bro

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pm bukannya org yg bodoh. Pm ada ilmu ekonomi jd tau la apa yg beliau buat.

      Delete
  18. Assalamualaikum Tuan,

    Saya membaca tulisan tuan di atas dengan mata hati dan meneliti hujah ilmiah yang dibentangkan tuan. Boleh dikatakan setiap angka-angka yang tuan tunjukkan itu saya setuju, berdasarkan hujah tuan di atas juga saya bersetuju subsidi hanya menyebabkan golongan berada (kaya) menikmati kadar pemberian subsidi yang tinggi berdasarkan rekod perbelanjaan yang tinggi berbanding golongan bawahan.

    Tetapi setujukah tuan bahawa, rasionalisasi subsidi secara total juga memberi kesan langsung kepada golongan bawahan yang terkesan dengan kenaikan mendadak ini akibat penarikan subsidi sebagai contoh:

    Purata perbelanjaan isi rumah bagi golongan berpendapatan rm2000 hingga rm2999 untuk produk minyak dan lemak adalah sekitar rm16, dengan kenaikan semasa sebanyak rm5 - rm6 bagi liter minyak yang sama sebelum ini (berita harga minyak palsu yang viral itu sebenarnya betul berdasarkan beberapa imej secara live dari supermarket).

    Kesan rasionalisaI subsidi minyak secara total ini juga akan memberikan kesan domino di mana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan sewenangnya menaikkan harga bahan lain yang mana penguatkuasaan yang lemah akan menyebabkan rakyat terus menjadi mangsa.

    Bukankah dengan memberikan kad subsidi lebih baik berbanding menghapuskan terus sebegini (dibaca walaupun dikekalkan pek 1kg tetap memberi tekanan pada rakyat apabila stok 1kg masih susah didapati yang akhirnya rakyat terpaksa membeli pek lebih besar pada kadar tanpa subsidi).

    Walaupun pemberian kad subsidi masih boleh dimanipulasi apabila sang kaya mengupah untuk mendapatkan hak (subsidi) orang lain, tetapi kita mengambil pendekatan secara menyeluruh umum setiap rakyat berpendapatan isi rumah bawah rm4000 menikmati subsidi yang lebih adil (dibaca meletakkan sesuatu kena pada tempatnya).

    Jika isu penyeludupan menjadi topik utama kenapa rasionalisai subsidi ini dilaksanakan bukankah penguatkuasaan yang amanah lebih berkesan berbanding penarikan subsidi ini baca>> http://www.benarnews.org/malay/berita/my-musa-hassan-160805-08052016135604.html

    Mengapa rakyat marah? adakah rakyat tak pandai menilai angka-angka yang tuan sertakan? Apakah rakyat masih tidak membayar GST bilamana setiap orang dikenakan GST tetapi pemberian Brim masih mempunyai limitation (pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah) bagaimana yang gajinya rm4010, apakah perbezaan ini memberikan kesan yang ketara, jawapannya YA kerana adil itu menjangkaui semua ini, tatkala GST diperah di setiap umur rakyat tanpa mengira kadar gaji sepertimana Br1m lakukan. Benar, tuan boleh kata sampai bila pun tak dapat nak tetapkan kadar gaji penerima Br1m kalau orang seterusnya yang terlebih gaji rm5 atau rm10 merungut. Sebab tu saya katakan adil itu lebih dari itu.

    Ketirisan dana kerajaan menyebabkan rakyat muak dengan segala hujah-hujah di atas. Apakah rakyat harus dipersalahkan sedangkan dana-dana kerajaan yang diamanahkan terus diratah dengan rakusnya. Saya rasa tuan juga punya hati, punya saudara mara yang susah. Bersikap adillah kerana adil itu memang pahit untuk ditelan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Golongan berpendapatan rendah akan beli minyak 1kg yang masih disubsidikan. Shortages berlaku kerana ada pembelian panik tetapi selepas settle down, supply akan kembali biasa. Boleh di lihat di Tesco eshop yang beroperasi di Klang Valley,Pulau Pinang dll minyak RM2.5 available untuk dibeli.
      https://eshop.tesco.com.my/groceries/en-GB/products/7001967665

      2) mengenai ketirisan dana kerajaan, jika dilihat di ranking World Economic Forum, Malaysia adalah kerajaan ke 8 paling efficient di dunia dimana hanya 7 negara sahaja didunia yang pengendalian ketirisan dana kerajaan lebih baik daripada Malaysia.
      http://reports.weforum.org/global-competitiveness-report-2015-2016/economies/#economy=MYS
      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/07/15/msian-govt-ranked-worlds-8th-most-efficient-competitive

      Ini bermakna justified kerajaan membawa kepada GST untuk mempelbagaikan lagi sumber revenue kerajaan dan melancarkan subsidy rationalization agar bantuan boleh diberi secara terus kepada golongan sasaran.

      Tapi jangan salah faham, ini tidak bermakna kita tidak anti pembaziran kerajaan tetapi kita perlu lebih objektif yang bahawasana kerajaan telah cukup efficient untuk justify GST dan subsidy rationalization.

      Delete
  19. Sepatutnya barang asas yang digunakan rakyat Malaysia perlu dibuat sendiri oleh kerajaan Malaysia. Barulah harga boleh control.

    ReplyDelete