Sunday 6 November 2016

Implikasi Hutang Bilateral Kerajaan

Kadir Jasin sekali melahirkan rasa kebimbangan beliau terhadap hubungan Malaysia - China terutamanya dari segi hubungan pelaburan yang mana beberapa hari yang lepas kerajaan telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mendapatkan khidmat kepakaran pembinaan dan kewangan dari China untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Di dalam tulisan beliau di dalam kolum mingguan untuk Sinar Harian beliau memfokuskan kepada pinjaman RM50 billion dari China untuk membiaya projek ECRL yang dijangka akan menelan kos sejumlah RM55 billion.

Saya tidak mahu menyentuh aspek-aspek teknikal tentang projek tersebut kerana ianya bukan kepakaran saya tetapi saya ingin komen tentang tulisan Kadir Jasin berkenaan hutang dari China, jumlah hutang kerajaan dan luar yang akan bertambah dengan pinjaman tersebut dan juga jumlah hutang semasa pentadbiran Perdana Menteri sebelum YAB Dato' Sri Najib Razak.

Sejujurnya saya tidak faham kenapa isu hutang dengan kerajaan luar negara ini dibangkitkan sekarang kerana sudah berpuluh tahun kerajaan Malaysia mendapatkan pinjaman daripada kerajaan asing untuk membiayai projek-projek pembangunan tertentu malah sejak sebelum zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi kerajaan Malaysia mendapatkan pinjaman luar.

Pinjaman daripada kerajaan asing ini dipanggil pinjaman bilateral dan direkodkan di dalam penyata kewangan kerajaan persekutuan setiap tahun yang diterbitkan Jabatan Akauntan Negara.

Untuk pengetahuan pembaca semua, kerajaan Malaysia mempunyai hutang melalui pinjaman bilateral dengan kerajaan Kanada, Sepanyol, Perancis dan Jepun yang setakat 31 Disember 2015 berjumlah RM5.65 billion.

Pinjaman-pinjaman bilateral ini mula dibuat seawal 1979 dan kali terakhir adalah pada tahun 2013 untuk membiayai projek-projek khusus mengikut perjanjian antara kerajaan contohnya pada 1984 kerajaan Malaysia meminjam daripada kerajaan Perancis untuk membiayai projek pembinaan Stesen Janakuasa Paka, pada 1987 kerajaan Malaysia meminham daripada kerajaan Jepun untuk Projek Pembangunan Kawasan (Membasmi Kemiskinan), pada 2000, kerajaan Malaysia meminjam daripada kerajaan Jepun untuk pembinaan Hospital Universiti Kebangsaaan Malaysia (HUKM).

Yang paling menarik perhatian saya adalah projek pembinaan Stesen Janakuasa Paka pada 1984 di mana kerajaan Malaysia telah meminjam wang berjumlah 148 juta euro daripada kerajaan Perancis pada kadar faedah 10.6% setiap tahun.

Pinjaman berjumlah 148 juta euro tersebut adalah untuk tempoh 30 tahun dan hanya diselesaikan pada tahun lepas (2015) oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak.

Walaupun jumlah 148 juta euro/RM490 juta (EUR/MYR = 3.15) tersebut tidaklah sebesar RM50 billion pinjaman daripada kerajaan China pada masa sekarang, pada tahun 1984 pinjaman berjumlah 148 juta euro boleh dikatakan agak besar berbanding saiz ekonomi negara (KDNK pada harga semasa) pada tahun 1984 yang hanya bersaiz RM79.5 billion berbanding pada 2015 yang bersaiz RM1.16 trillion.

Selain itu kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman 148 juta euro tersebut juga adalah pada kadar yang agak tinggi iaitu 10.6% setiap tahun. 

Jika YAB Perdana Menteri sekarang mengumumkan kerajaan Malaysia akan meminjam wang daripada kerajaan China dengan kadar faedah tahunan 10.6% saya yakin ia akan mendapat tentangan yang maha hebat daripada pelbagai pihak terutamanya pihak pembangkang.

Menurut Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai kerajaan Malaysia akan meminjam RM55 billion untuk tempoh 20 tahun pada kadar faedah yang kompetitif dan akan dikecualikan daripada membayar prinsipal dan faedah pinjaman pada 7 tahun pertama: 
Sumber-sumber yang boleh didapati melalui internet juga menyebut kebanyakan pinjaman yang ditawarkan kerajaan China adalah pada kadar yang rendah lebih kurang 2-3% setiap tahun:
  1. Steps on Applying Project Financing from China
  2. US Eximbank vs China Eximbank
  3. The Role of China's Financial Institutions
Pinjaman pada kadar faedah 2-3% adalah sangat berpatutan berbanding 10.6% yang dipinjam daripada kerajaan Perancis untuk membina Stesen Janakuasa Paka selama 30 tahun di bawah pentadbiran Tun Mahathir.

Saya tidak tahu sama ada pada masa tersebut ada yang mempertikaikan kandungan dan syarat pinjaman bilateral antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Perancis kerana saya pun masih belum lahir pada tahun 1984. 

Kemungkinan besar adalah yang kata kerajaan Malaysia  di bawah pimpinan Tun Mahathir menjual masa depan negara dan anak cucu cicit kepada Perancis kerana meminjam sejumlah wang untuk membiayai projek pembangunan pada kadar 10.6% setiap tahun.

Barangkali Kadir Jasin selaku wartawan pada masa tersebut ada melaporkan berita pinjaman daripada kerajaan Perancis ini dan mengkritik bagaimana kerajaan boleh meminjam pinjaman daripada kerajaan asing dengan kadar faedah yang mencekik darah.

Kadir Jasin juga menyebut bahawa pinjaman RM55 billion daripada kerajaan China ini akan melonjakkan hutang kerajaan kepada lebih daripada RM700 billion tidak termasuk hutang-hutang lain yang akan ditanggung kerajaan untuk projek-projek tertentu seperti Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), hutang 1MDB dan lain-lain:'
"Daripada aspek hutang kerajaan yang menggunung, pinjaman RM50 bilion daripada negara China itu akan melonjakkannya melepasi RM700 bilion. Itu belum dikira kos kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan RM50 bilion dan hutang 1MDB RM50 bilion. Ada yang kata sudah naik kepada RM53 bilion."
Terma dan syarat pinjaman bilateral ini masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerajaan China.

Jadi saya tidak boleh komen sama ada pinjaman ini akan menambah hutang kerajaan mendadak seperti yang disebut Kadir atau kemungkinan besar pinjaman itu akan diletakkan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang kemudiaannya akan dijamin oleh kerajaan persekutuan.

Walaubagaimanapun Kadir sekali lagi menyebut jumlah hutang 1MDB yang tidak dikemaskini iaitu RM50 billion sedangkan seperti yang saya terangkan dalam tulisan saya yang lepas, 1MDB telah pun menyelesaikan hutang bank dan hutang jangka pendek berjumlah RM7.25 billion pada April tahun ini.

Secara logiknya juga hutang 1MDB sepatutnya berkurang daripada RM42 billion yang disebut-sebut ramai orang bukannya bertambah sepertimana yang Kadir sebut.
"Perangkaan Bank Negara Malaysia pada akhir Jun lalu, menunjukkan hutang kerajaan sebanyak RM655.74 bilion. Garis waktu (timeline) hutang kerajaan adalah seperti berikut: Akhir zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM189 bilion, Tun Abdullah Ahmad Badawi RM306 bilion dan Mohd Najib sekarang RM655.74 bilion tidak termasuk hutang RM50 bilion daripada China. Wallahuaklam."
Benar hutang kerajaan persekutuan setakat 30 Jun 2016 adalah berjumlah RM655.74 billion dan juga angka-angka hutang yang semasa akhir zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah disebut Kadir adalah tepat.


Berikut adalah jumlah hutang kerajaan persekutuan Malaysia setiap tahun sejak 1970:

Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia: BNM

Walaubagaimanapun menyebut jumlah hutang pada jumlah mutlak (absolute value) sahaja hanyalah melambangkan kecetekan ilmu kewangan dan ekonomi Kadir Jasin kerana apabila bercakap berkenaan hutang kerajaan kita hendaklah menyebut hutang kerajaan itu dengan nilai relatif atau nisbah hutang kerajaan kepada saiz ekonomi negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Dengan nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK negara kita dapat membandingkan dengan lebih tepat kemampanan (sustainability) hutang kerajaan secara relatif dengan ekonomi negara.

Berikut adalah nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK negara:

Nisbah Hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK

Semasa di bawah pentadbiran Tun Mahathir sekitar 1985-1986, nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pernah melebihi paras 100% bermakna hutang kerajaan pada masa tersebut melebihi output atau saiz ekonomi negara kita.

Hanya pada akhir 80an dan awal 90an nisbah hutang kerajaan persekutuan turun dengan konsisten apabila ekonomi Malaysia beralih daripada hanya berasaskan komoditi kepada ekonomi berasaskan industri-industri seperti pembuatan dan perkhidmatan yang menyaksikan pertumbuhan KDNK yang amat rancak sehinggalah kerajaan berdepan krisis ekonomi Asia 1998.

Di bawah pentadbiran Najib Razak hutang kerajaan kekal di bawah paras 55% yang dibenarkan undang-undang dan tidak sekali-kali pernah mencecah sehingga lebih besar daripada saiz ekonomi negara sepertimana pada zaman Tun Mahathir sebagai PM.

Adakah Kadir Jasin menyatakan rasa kegusaran beliau semasa hutang kerajaan persekutuan mencecah lebih 100% saiz ekonomi negara Malaysia pada ketika itu?

Hanya Kadir sahaja yang boleh menjawabnya.

Sepatutnya usaha kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak untuk membangunkan negara dengan membawa masuk pelaburan bagi membiaya projek seperti ECRL disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Usahasama di antara kedua-dua buah kerajaan akan membawa banyak kesan positif kepada ekonomi Malaysia dari segi pendapatan negara, peluang pekerjaan, pindahan teknologi dan macam-macam lagi faedah yang akan diperolehi untuk jangka masa panjang.

Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi yang terbuka sudah sekian lama menerima pelaburan dari luar dari Singapura, Jepun, USA, Belanda, Germany dan banyak lagi negara lain termasuk China seperti yang saya terangkan di dalam tulisan saya kepada Kadir Jasin.

Tidak ada siapa menuduh kerajaan menjual negara dan masa depan anak cucu cicit kepada negara-negara tersebut walaupun pelaburan langsung asing negara tersebut mewakili lebih 50% pelaburan langsung asing ke dalam negara kita.

Singapura sahaja mempunyai stok pelaburan langsung di dalam negara kita berjumlah RM127 billion iaitu stok pelaburan tertinggi di antara negara-negara asing yang lain di dalam Malaysia.

Kenapa Kadir dan rakan-rakan sekutunya tidak menuduh kerajaan menjual negara dan masa depan anak cucu cicit kepada Singapura?

Jika tidak ada idea bagaimana untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membangunkan negara tidak perlulah pula merendah-rendahkan usaha kerajaan untuk berbuat sedemikian.

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak tidak menjual negara kepada mana-mana pihak tetapi Kadir Jasin dan parti beliau PPBM lah yang menjual maruah mereka kepada DAP dan PKR hanya semata-mata untuk menjatuhkan YAB PM.

Rujukan: Klik link yang disediakan di atas.

7 comments:

  1. Kalau nak harapkan duit sendiri, sistem rel Pantai timur itu tak akan terjadi.

    ReplyDelete
  2. Euro tk wujud lg pd 1984...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Pinjaman asal dalam French Franc. Lepas 1995 Franc tak lagi digunakan jadi hutang itu ditukar kepada Euro dalam penyata kewangan kerajaan persekutuan.

      Delete
  3. respect u mr syahir...jgn tanya kenapa, tulisan anda amat berkesan, bukan tin kosong...keep it up!

    ReplyDelete
  4. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  5. Hello, nama saya ialah Victoria Alberto, mangsa penipuan di tangan peminjam penipuan. Saya telah kehilangan kira-kira RM45000.00 kerana saya memerlukan modal yang besar sebanyak RM200,000.00. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan anak saya. i tidak boleh berdiri tempat ini lagi. pada Mac 2016, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Olivia Daniel, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah syarikat. ibu yang baik saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. i juga suka untuk menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman dengan cepat, hanya mendaftar dengan En waren bufett melalui e-mel: (warenbufettloanfirm11 @ gmail.com). jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia hanya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Hello, nama saya ialah Victoria Alberto, mangsa penipuan di tangan peminjam penipuan. Saya telah kehilangan kira-kira RM45000.00 kerana saya memerlukan modal yang besar sebanyak RM200,000.00. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan anak saya. i tidak boleh berdiri tempat ini lagi. pada Mac 2016, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Olivia Daniel, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah syarikat. ibu yang baik saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. i juga suka untuk menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman dengan cepat, hanya mendaftar dengan En waren bufett melalui e-mel: (warenbufettloanfirm11@gmail.com). jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia hanya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.

    Terima kasih

    ReplyDelete