Monday 26 September 2016

PTPTN Tidak Beri Pinjaman Penuh


1. Sebelum melatah menyalahkan kerajaan tidak peka dengan nasib pelajar universiti elok kalau kita fahamkan dulu kenapa PTPTN tak bagi pinjaman penuh kepada pelajar.

2. Banyak yang menyangka PTPTN dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan sedangkan PTPTN membiayai pinjaman pelajar universiti dengan meminjam wang daripada KWSP, bank-bank tempatan dan juga dengan menerbitkan sukuk.

3. PTPTN berhutang sebanyak RM7.5 billion dengan KWSP dan RM15.2 billion dengan bank-bank tempatan dan RM10.5 billion lagi melalui program sukuk.


4. PTPTN meminjam daripada KWSP dan bank bank pada kadar faedah antara 3.5% — 5.3% setahun. Berapa kadar faedah yang dikenakan PTPTN kepada pelajar? Paling tinggi caj pengurusan 3% dan paling rendah ujrah 1%.

5. Secara tak langsung peminjam PTPTN juga berhutang kepada rakyat melalui wang KWSP. Kalau PTPTN gagal bayar semula kepada KWSP kerajaan pula terpaksa membayar hutang tersebut.
6. Kenapa PTPTN tak bagi pinjaman penuh kepada pelajar baru yang masuk universiti sekarang? Kerana jumlah kutipan pinjaman daripada graduan yang telah menamatkan pengajian rendah berbanding jumlah yang patut dikutip. Bagi tahun 2013 dan 2014, PTPTN hanya berjaya mengutip kurang 50% daripada jumlah yang sepatutnya dikutip.
7. PTPTN sepatutnya mengutip RM10 billion dan RM12.6 billion pada tahun 2013 dan 2014 tetapi hanya berjaya mengutip RM4.9 billion dan RM5.6 billion iaitu kurang daripada 50% yang sepatutnya dikutip.

8. Setiap tahun PTPTN bukan sahaja perlu membiaya pinjaman pelajar yang baru masuk universiti tetapi juga perlu membayar kadar faedah kepada KWSP, bank-bank dan sukuk tadi.
9. Kurang seorang graduan yang sudah bekerja tapi tidak membayar semula pinjaman PTPTN, kuranglah seorang pelajar baru untuk mendapat pinjaman PTPTN.
10. Kita boleh bising nak pendidikan percuma, biasiswa percuma tapi selagi belum dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah bayar lah pinjaman PTPTN secara konsisten setiap bulan.
11. Tak guna bising hutang kerajaan beratus billion, hutang 1MDB dan lain lain tapi hutang pendidikan yang kita sendiri ambil tak dibayar.
12. Kalau pun anti kerajaan, fikirkanlah masa depan adik-adik dan anak-anak kita yang nak sambung belajar dan perlukan pinjaman PTPTN.
13. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau terfikir nak beli rumah, kereta dah tentu kita mampu bayar PTPTN hanya berapa ratus sebulan.

No comments:

Post a Comment