Monday 26 September 2016

Bank-Bank Malaysia Tutup Cawangan

  1. 1. Maybank bakal tutup cawangan
  2. 2. CIMB dah tutup 22 cawangan seluruh negara
Apa maknanya bila bank mula tutup cawangan? Ada yang kata ekonomi gawat sebab 1MDB, GST, rasuah, Najib dah songlap duit rakyat dan lain lain.
Tapi berminat tak kita nak tau sebab sebenar kenapa bank-bank utama macam Maybank & CIMB tutup cawangan-cawangan di kawasan tertentu atau terus nak salahkan Najib, kerajaan, 1MDB?
Siapa yang nak tahu boleh sambung baca, siapa yang tak berminat nak tahu boleh terus sambung salahkan yang berkenaan.
Sejak 2014 harga komoditi macam minyak mentah, minyak kelapa sawit, getah jatuh sebab lebihan produk-produk komoditi ni dalam pasaran atau dalam English orang panggil “supply glut”.
Sebab dagangan antarabangsa iaitu eksport dan import antara enjin utama ekonomi Malaysia, bila harga-harga komoditi ni jatuh, ekonomi kita pun turut perlahan (bukan merosot tapi perlahan).
Syarikat-syarikat yang berasaskan komoditi terpaksa kurangkan pelaburan modal (capital investment), syarikat yang menawarkan perkhidmatan kepada syarikat komoditi macam syarikat logistik, syarikat pembekal-pembekal yang berkaitan juga turut terkesan.
Akibatnya syarikat-syarikat di atas terpaksa berhenti atau kurang membuat pinjaman dengan bank untuk kembangkan perniagaan mereka.
Selain daripada harga komoditi yang jatuh, aktiviti beli jual hartanah dan kenderaan penumpang juga jatuh antara sebabnya syarat-syarat membuat pinjaman yang semakin ketat oleh Bank Negara.
Untuk sektor hartanah Bank Negara ketatkan syarat pinjaman sebab nak sejukkan kenaikan harga hartanah yang mendadak dan juga sebab hutang isi rumah Malaysia yang agak tinggi berbanding saiz ekonomi Malaysia iaitu 89% daripada KDNK.
Disebabkan aktiviti jual beli daripada pengguna dan isi rumah semakin perlahan, makin kurang lah yang memohon pinjaman dengan bank.
Oleh sebab yang demikian kadar pertumbuhan pinjaman kepada perniagaan dan isi rumah di Malaysia sejak 2014 juga semakin perlahan.
Bukan pertumbuhan pinjaman je yang makin perlahan, tapi makin banyak juga perniagaan dan isi rumah yang gagal bayar pinjaman ikut jadual dalam perjanjian.
Sekarang jom kita tengok kesan ke atas bank-bank pula kita tengok contoh Maybank dengan CIMB la sebab dua bank ni yang banyak kecoh tutup cawangan:
Untuk separuh tahun pertama 2016 keuntungan bersih selepas cukai dan zakat Maybank jatuh lebih 20% kalau dibandingkan dengan separuh tahun pertama 2015.
Sebab paling utama ialah makin banyak peminjam isi rumah dan perniagaan yang mula lambat bayar pinjaman, jadi Maybank terpaksa memperuntukan sebahagian duit untuk kerugian pinjaman yang terjejas; antara Januari-Jun 2015 Maybank memperuntukkan RM548 juta untuk pinjaman yang terjejas dan untuk Januari-Jun 2016 Maybank memperuntukkan RM1.84 billion lebih 3 kali ganda untuk pinjaman terjejas.

Penyata Kewangan Maybank
Untuk CIMB yang dah tutup 22 cawangan sejak pertengahan tahun lepas, keuntungan bersih suku keempat 2014 jatuh 80%, suku pertama 2015 jatuh hampir 50%, suku kedua 2015 jatuh 34% jadi CIMB mula mengstruktur semula operasi perniagaan mereka dengan menutup beberapa cawangan, menawarkan Mutual Separation Scheme (MSS) kepada pekerja untuk mengurangkan kos operasi bank.
Selepas mengurangkan kos operasi, sejak suku keempat 2015, keuntungan bersih CIMB meningkat semula daripada RM200 juta kepada RM825 juta dan minggu lepas melaporkan keuntungan bersih RM872 juta pada suku kedua 2016 iaitu meningkat daripada RM639 juta suku yang sama tahun sebelumnya. [Link Penyata Kewangan CIMB http://www.cimb.com/…/financial-information/cimb-group.html…]
Bukan Maybank dengan CIMB je yang alami kejatuhan keuntungan tapi boleh kata semua bank dalam Malaysia menghadapi benda yang sama sebab pertumbuhan pinjaman perlahan dengan pinjaman terjejas meningkat.
So, dah nampak kenapa bank-bank tutup cawangan, kurangkan pekerja untuk kurangkan kos operasi kan?
Mesti ada yang cakap kenapa bank pentingkan untung sangat sampai abaikan kebajikan pekerja bank yang terpaksa berhenti (dapat pakej MSS).
Untuk orang ramai lagi lagi yang melabur dalam ASB, yang ada simpanan persaraan wajib dalam KWSP sepatutnya faham kenapa bank mesti pastikan keuntungan yang konsisten.
Sebabnya ASB dan KWSP mempunyai pegangan saham besar dalam bank-bank. 20% daripada jumlah pelaburan ASB adalah dalam Maybank, 1.24 % di dalam CIMB. (Rujuk gambarajah 3)

KWSP mempunyai pegangan yang besar dalam hampir semua bank dalam Malaysia. (Rujuk gambarajah 4).

Untuk pastikan ada pendapatan yang konsisten ke atas pelaburan yang dibuat oleh PNB (ASB) dan KWSP, bank-bank mesti pastikan mereka dapat berikan pulangan kepada pelabur.
Kalau tak dari mana nak datang dividen ASB, dividen KWSP kita semua tiap-tiap tahun? Kalau tak ada dividen kita juga yang bising nanti kan?
Betul la pertumbuhan ekonomi makin perlahan walaupun belum lagi merosot, meleset, menggawat dll tapi memang pertumbuhan ekonomi negara tengah perlahan.
Tapi bukan la disebabkan 1MDB, Najib curi duit beli berlian untuk Rosmah atau benda lain yang selalu diviralkan tu.
Banyak faktor luaran dan dalaman yang jadi punca sebenar kenapa aktiviti ekonomi semakin perlahan, pinjaman bank semakin perlahan dll.
Ada benda yang memang tak mampu dikawal sesiapapun contohnya harga komoditi jatuh, Ringgit jatuh itu semua di luar kawalan sesiapa termasuklah kerajaan.
Memang seronok viral kan kisah bank tutup, dapat banyak share dalam FB, banyak retweets dalam Twitter tapi lagi elok kalau kita betul-betul faham kenapa bank tutup cawangan-cawangan.
Lagi satu ada yang kata duit dalam bank tak selamat la, bank tutup cawangan orang ramai tak boleh keluar duit dah, duit kena curi Najib apa semua tu tak berapa nak betul.
Kalau la ada satu hari bank yang ada duit kita tu bankrap, muflis, bungkus duit dalam bank kita dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Maksimum jaminan yang PIDM bagi RM250,000 dalam akaun simpanan, semasa dll dalam bank; kalau bank tiba-tiba bankrap RM250,000 dijamin akan dapat balik. (Rujuk gambarajah 5)

Sebelum viral kan apa-apa elok kalau baca dulu, kaji dulu. Sama-sama kita jadi bangsa yang berfikir dengan kepala otak bukan kepala lutut. OK?

No comments:

Post a Comment