Monday 7 August 2017

HUTANG KERAJAAN PULAU PINANG PALING RENDAH DALAM MALAYSIA

Setiap tahun Lim Guan Eng, DAP dan pembangkang yang lain akan mengulangi mantra "kerajaan Pulau Pinang mempunyai hutang terendah kepada kerajaan persekutuan kerana tadbir urus dan pengurusan kewangan kerajaan negeri yang baik".

Benarkah hutang kerajaan Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan adalah yang terendah di kalangan kerajaan negeri yang lain? Benar. Tetapi bukanlah kerana Competency, Accountability & Transparency (CAT) seperti yang digembar-gemburkan oleh Lim Guan Eng, tetapi disebabkan pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air berjumlah RM655 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah pengstrukturan semula industri perkhidmatan air negara:



Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2011

Hutang kerajaan Pulau Pinang turun 95% daripada RM687 juta pada tahun 2010 kepada RM36 juta pada tahun 2011. Sejak daripada itu hutang kerajaan Pulau Pinang menjadi hutang terendah di antara kerajaan negeri yang lain. Walaubagaimanapun hutang kerajaan Pulau Pinang meningkat daripada RM36 juta pada 2011 kepada RM69 juta pada 2015 peningkatan lebih 100%.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2015

Sudah jelas bahawa hutang kerajaan Pulau Pinang berkurang kerana kerajaan persekutuan mengambilalih hutang tersebut dan bukannya kerana DAP menguruskan kewangan negeri dengan baik mahupun kerana CAT.

Saya tahu Lim Guan Eng ada tanya kenapa negeri lain di bawah BN yang sudah pun memindahkan aset kepada PAAB masih mempunyai jumlah hutang yang tinggi berbanding Pulau Pinang yang mempunyai hutang yang rendah.

Facebook Lim Guan Eng

Ini bukti bahawa Lim Guan Eng malas membuat kajian dengan terperinci dan hanya pandai menipu rakyat dengan memanipulasi angka-angka yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara.

Bagi Negeri Sembilan, Johor dan Perak, PAAB masih belum mengambilalih keseluruhan hutang projek bekalan air mereka. Proses pengstrukturan semula masih berjalan sepertimana dinyatakan di dalam penyata kewangan negeri masing-masing.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan 2010


Penyata Kewangan Negeri Johor 2015

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak 2012

Jawapan Lisan Menteri Besar Perak

Selepas hutang projek bekalan air negeri-negeri di atas diambilalih sepenuhnya oleh PAAB, hutang kerajaan negeri tersebut akan menurun sama seperti Pulau Pinang malah selepas pengstrukturan semula fasa kedua bagi projek bekalan air di Perak, hutang kerajaan negeri Perak berjumkah RM57 juta (tolak hutang projek bekalan air) akan lebih rendah daripada hutang kerajaan Pulau Pinang berjumlah RM64 juta.

Bagi Kelantan pula, perjanjian pengstrukturan air hanya ditandatangani pada September 2016, sudah tentulah migrasi dan pengambilalihan aset dan hutangnya belum selesai pada tahun 2016. Pengurangan hutang kerajaan negeri Kelantan hanya akan direkodkan di penyata kewangan tahun ini selepas pengambilalihan selesai.

Masih banyak orang yang percaya membuta tuli dengan Lim Guan Eng dan DAP. Ini bukti bahawa tak banyak rakyat Malaysia rajin membaca dan membuat kajian sendiri. Ada grafik sikit terus percaya. Sebab itulah dengan mudahnya orang ramai boleh percaya dengan tohmahan pembangkang yang dibuat setiap hari.

Apa yang pasti hutang kerajaan Pulau Pinang bukanlah menurun disebabkan kerajaan DAP bersih dan cekap seperti diwar-warkan, tetapi kerana pengstrukturan semula industri air yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional. Itu saja.

No comments:

Post a Comment