Sudah menjadi tabiat pembangkang mengaitkan segala isu di dalam negara dengan 1MDB. Ini adalah kerana mereka kehabisan modal dan ketandusan isu untuk dibangkitkan. Yang terbaru adalah bagaimana Naib Presiden AMANAH mengaitkan terbitan hutang atau bon kerajaan iaiatu Government Investment Issues (GII) bernilai RM2.5 billion dengan pembayaran yang perlu dibuat oleh 1MDB kepada IPIC.
Husam mungkin tak tahu bagaimana perbelanjaan pembangunan kerajaan dibiayai melalui penerbitan hutang secara berkala setiap tahun.
Tahun ini (2017) sahaja setakat bulan lepas (Julai 2017) kerajaan telahpun menerbitkan RM67.5 billion hutang dalam bentuk bon konvensional iaitu Malaysian Government Securities (MGS) dan juga bon berlandaskan syariah iaitu Government Investment Issues (GII). Sebahagian daripada terbitan tersebut digunakan untuk menebus semula bon-bon yang matang tahun ini. Setakat tahun ini, RM24.9 billion bon kerajaan yang matang telah ditebus semula menggunakan sebahagian bon yang diterbitkan tahun ini:
Summary of Government Issuances and Redemption: BNM Bond Info |
Bulan lepas kerajaan menerbitkan bon sejumlah RM10 billion. Tidak timbul pula isu terbitan bon tersebut akan digunakan untuk membayar wang IPIC? Adakah baru semalam Husam dan pembangkang yang lain sedar berkenaan terbitan bon yang dibuat oleh kerajaan?
Mengikut rekod daripada Bank Negara, tahun ini sahaja kerajaan telah 2 kali menerbitkan RM2.5 billion bon masing-masing pada bulan April dan Jun dengan tempoh matang selama 15 dan 20 tahun sama dengan bon yang baru dibangkitkan oleh Husam:
Auction Calendar: BNM Bond Info |
Terbitan bon berjumlah RM2.5 billion telahpun dibuat sejak berpuluh puluh tahun lagi. Rekod menunjukkan hampir setiap tahun kerajaan menerbitkan bon sejumlah RM2.5 billion dengan tempoh matang 5 hingga 30 tahun sejak tahun 2003 bertahun-tahun sebelum kewujudan 1MDB:
Auction Calendar: BNM Bond Info |
Jika sebelum ini kerajaan tidak pernah menerbitkan bon berjumlah RM2.5 billion mungkin ada logiknya tuduhan Husam tetapi tidak. Terbitan bon dengan jumlah yang sama dan tempoh matang yang sama adalah perkara biasa setiap tahun.
Sepertimana diterangkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan Ke-II, setiap tahun kerajaan mencatatkan defisit iaitu perbelanjaan melebihi hasil dan defisit itu ditampung melalui penerbitan hutang/bon. Tahun lepas kerajaan mencatatkan RM38 billion defisit. Penerbitan GII berjumlah RM2.5 billion adalah antara penerbitan berkala yang dibuat oleh kerajaan setiap bulan dan dirancang lebih awal, bukannya secara tiba-tiba:
Malaysiakini |
Hanya kebetulan sahaja terbitan bon tersebut lebih kurang sama dengan jumlah yang perlu 1MDB bayar kepada IPIC.
Sudah banyak kali pembangkang mengaitkan segala jenis isu dengan 1MDB. Harga ikan kembung naik sebab 1MDB, Ringgit jatuh sebab 1MDB, pengurangan biasiswa sebab 1MDB, harga RON95 naik sebab 1MDB, pendek kata semuanya disebabkan 1MDB.
Inilah contoh pembangkang ketandusan isu dan bankrap idea untuk berpolitik. Fakta dan angka belakang kira, asalkan rakyat boleh dihasut untuk percaya dengan tuduhan mereka. Lebih banyak tuduhan dibuat, lebih menunjukkan bahawa mereka ini jahil tentang selok belok kewangan dan ekonomi negara.
RUJUKAN:
No comments:
Post a Comment