Astro Awani |
Tak faham apa yang nak diributkan tentang berita pemandu Uber dan Grab kena bayar cukai pendapatan. Secara asasnya segala jenis pendapatan sama ada daripada perniagaan, pekerjaan bergaji, dividen, faedah, diskaun, sewaan, royalti, pencen, anuiti diwajibkan dikenakan cukai pendapatan sekiranya melebihi jumlah tertentu.
Mereka yang berpendapatan RM34,000 ke atas perlu mendaftar (membuka) fail cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri:
Lembaga Hasil Dalam Negeri |
Itupun belum kena bayar lagi cukai pendapatan. Hanya perlu daftar fail cukai pendapatan
untuk semakan.
Untuk tahun taksiran 2016, sekiranya pendapatan (gaji + segala pendapatan yang lain termasuk memandu Uber, Grab) anda melebihi RM40,449.44 setahun atau RM3,370.80 sebulan baru anda diwajibkan membayar cukai pendapatan setelah menolak pelepasan cukai individu yang diberikan oleh kerajaan. Sekiranya anda meraih pendapatan kurang daripada RM40,449.44 setahun maka anda tidak perlu membayar cukai pendapatan.
Ini tidak tertakluk kepada pemandu Uber dan Grab sahaja, sesiapa yang mempunyai pendapatan perniagaan lain seperti daripada platform atas talian contohnya IG shop, online business, paid review, tweet berbayar dan sebagainya perlu mendaftar fail cukai pendapatan sekiranya pendapatan mereka melebihi paras yang saya sebut di atas.
Untuk bacaan lanjut dan lengkap tentang cukai pendapatan sila rujuk di RinggitPlus.
Saya jumpa banyak yang bising, menghentam kerajaan sebagai kehabisan duit, mencekik darah dan sebagainya kerana mewajibkan pemandu Uber dan Grab membayar cukai pendapatan:
Saya nak bersangka baik dan menganggap mereka ini semua tak faham dan belum pernah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.
Ini bukannya bentuk cukai yang baru. Cukai pendapatan dinamakan cukai pendapatan sebab ianya dikenakan ke atas segala jenis pendapatan dan bukan semata-mnata gaji tetap. Mereka yang mempunyai perniagaan di atas nama individu (enterprise) juga perlu membayar cukai pendapatan sekiranya pendapatan mereka melebihi threshold yang saya terangkan.
Negara-negara lain seperti US, UK, Australia, Canada dan Singapore juga mencukai pemandu Uber dan Grab (Singapore) di bawah kategori pendapatan bekerja sendiri (self-employment income).
Semak dulu sebelum nak hentam kerajaan. Bukannya susah nak Google.
Salam tuan,
ReplyDeleteBoleh ke potong kwsp sendiri juga kalau buat uber atau grab ni,kan dikira usahawan juga.