Tuesday, 28 March 2017

Bercuti Boleh, Bayar PTPTN Tak Nak?

Ada yang mampu merancang percutian ke luar negara yang menelan kos beribu-ribu tapi tak boleh bayar PTPTN setiap bulan yang tak sampai beribu-ribu ringgit. 

Ada yang merancang nak beli kereta harga puluhan ribu dengan bayaran ansuran bulanan pinjaman beratus-ratus ringgit tetapi tidak boleh bayar PTPTN dengan konsisten.

Sebenarnya sebahagian besar mereka yang tak bayar PTPTN bukannya tak mampu nak bayar tetapi mereka memang tidak ada niat nak bayar semula pinjaman yang diberi PTPTN.

Ini dibuktikan dengan data yang saya perolehi daripada Laporan Tahunan PTPTN bahawa sejak PTPTN menyenaraihitamkan (blacklist) peminjam tegar yang liat untuk membayar semula daripada keluar negara melalui imigresen, PTPTN berjaya mengutip RM345 juta daripada kumpulan ini. Pada tahun 2015, peminjam yang disenaraihitamkan membayar RM98.57 juta pinjaman mereka:

Prestasi Kutipan Bayaran Balik Pinjaman Senarai Hitam Imigresen: PTPTN

Selepas PTPTN menyenaraikan penghutang tegar yang tidak membuat bayaran di dalam CCRIS dengan kerjasama Bank Negara, seramai 27,271 peminjam membuat bayaran balik berjumlah RM112.52 juta:

Sistem Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS): PTPTN

Jika PTPTN tidak mengambil inisiatif menyenaraihitamkan peminjam tegar dengan imigresen dan menyenaraikan nama peminjam tegar dalam CCRIS adakah mereka yang tiba-tiba boleh membayar semula hutang mereka kepada PTPTN akan melakukan sedemikian?

Tanggungjawab sendiri untuk membayar pinjaman pendidikan sendiri yang dimohon sendiri dengan kerelaan sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Satu Ringgit tidak dibayar semula kepada PTPTN, Satu Ringgit kurang pinjaman untuk bakal pelajar, adik-adik dan anak-anak kita untuk mendapat pembiayaan pelajaran di masa hadapan.

Masih ada 662,983 peminjam yang degil dan liat untuk membayar semula pinjaman PTPTN mereka. Jika ada masalah masih tidak mendapat pekerjaan boleh berunding dengan PTPTN untuk diberi penangguhan tetapi janganlah mengabaikan tanggungjawab sebagai peminjam.

Mungkin banyak yang tak tahu fakta ini bahawa kerajaan menjamin RM32.5 billion hutang PTPTN kepada bank-bank swasta. PTPTN meminjam RM32.5 billion wang daripada bank-bank komersil untuk meminjamkan wang kepada pelajar-pelajar. RM32.5 billion ini juga menyumbang kepada hutang yang dijamin kerajaan persekutuan atau contingent liabilities seperti tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015:

Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015: ANM

Hutang kerajaan berjumlah RM648 billion yang tidak membebankan secara langsung bising, hutang luar negara berjumlah RM908 billion yang langsung tidak ada kena mengena dengan rakyat kebanyakan pun bising juga. Bila hutang peribadi macam PTPTN, tak boleh nak bayar.

Kalau pun benci kepada kerajaan jangan aniaya adik-adik dan anak-anak kita yang perlukan pembiayaan pelajaran. 

Rujukan:

No comments:

Post a Comment