Tuesday 4 April 2017

KEDAH DIABAIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Sinar Harian

Menurut Mukhriz Mahathir Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan dari segi peruntukan, pembangunan dan sebagainya.

Kalau dari segi peruntukan saya tak rasa Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan. Setiap tahun secara purata kerajaan persekutuan memperuntukkan RM300 juta kepada kerajaan negeri melalui pemberian mengikut bilangan orang, pemberian penyelengaraan jalan negeri, pemberian khas tahunan dan pelbagai lagi pemberian. Malah kerajaan negeri Kedah juga diberi pemberian kekurangan akaun mengurus di mana kutipan hasil kerajaan negeri tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.

Berikut adalah pemberian kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Kedah sepanjang Mukhriz menjadi Menteri Besar:

2013: RM360 juta
2014: RM390 juta
2015: RM369 juta

Pemberian Sebenar Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri 2013
Pemberian Sebenar Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri 2014
Pemberian Sebenar Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri 2015
Ini tidak termasuk peruntukan perbelanjaan pembangunan melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah yang keseluruhannya berjumlah RM45.3 juta lebih tinggi daripada negeri-negeri lain:

Perbendaharaan
Mukhriz sepatutnya lebih arif tentang hal sebegini. Kerajaan persekutuan tidak pernah gagal memberi wang kepada kerajaan negeri Kedah setiap tahun. Dakwaan bahawa kerajaan negeri Kedah tidak menerima bantuan kerajaan persekutuan tidak tepat dan mengelirukan.

Mukhriz juga tidak berlaku jujur tentang kedudukan hutang kerajaan negeri Kedah. Sejak mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada tahun 2013, hutang kerajaan negeri meningkat daripada RM2.6 billion kepada RM2.61 billion pada tahun 2014 dan kemudiannya menurun kepada RM2.36 billion pada tahun 2015:

Hutang Awam Kerajaan Negeri Kedah
Walaubagaimanapun penurunan hutang kerajaan negeri pada tahun 2015 bukanlah disebabkan kerajaan negeri Kedah membayar balik hutang kepada kerajaan persekutuan. Ia adalah disebabkan pindahan baki hutang bekalan air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Di dalam penyata kewangan kerajaan negeri jelas menyatakan bahawa tiada bayaran balik hutang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah
Ini membuktikan Mukhriz membohongi kita tentang bahawa beliau mengarahkan pegawai kewangan negeri untuk membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan secara sedikit-sedikit. 

Saya rasa Mukhriz membangkitkan isu ini kerana beliau ingin menutup kelemahan pengurusan kewangan kerajaan negeri semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Rizab kerajaan negeri atau Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Kedah menurun daripada RM208 juta pada tahun 2013 kepada hanya RM43 juta pada tahun 2015.

Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Kedah
Ketidakcekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri di bawah Mukhriz sebagai MB dan juga pengerusi jawatankuasa (EXCO) kewangan juga jelas dengan penurunan kutipan hasil kerajaan negeri bagi dua tahun berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015.

Kutipan Hasil Kerajaan Negeri Kedah
Pelaburan modal dalam bidang pembuatan menurun mendadak pada tahun 2015 daripada RM5,285 billion pada tahun 2014 kepada hanya RM1.356 billion. Pada tahun 2016 selepas Datuk Seri Ahmad Bashah mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan negeri, pelaburan modal dalam bidang pembuatan meningkat semula kepada RM2.18 billion.

Manufacturing: Projects Approved by State
Mungkin inilah yang menyebabkan Mukhriz mengungkit dan membangkitkan isu palsu seperti kerajaan negeri Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan untuk menutup kelemahan pengurusan kerajaan negeri Kedah semasa beliau menjadi MB.

Tindakan Mukhriz ini saling tidak tumpah dengan apa yang ayah beliau sendiri lakukan sekarang. Merekasaya cerita palsu untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan orang ramai kepada kerajaan persekutuan. Bak kata pepatah bapa borek anak rintik.

Rujukan:

No comments:

Post a Comment